Sunday, September 13, 2009
















Bertempat di Surau An Nur Bt 19 satu MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN anjuran Belia 4b Cawangan Bukit Naning. Dalam masa yang sama Yb Datuk Abdullah Md Ali sudi meluangkan masa untuk berbuka puasa dan solat maghrib bersama - sama dengan para belia.Dalam masa yang sama juga YB telah menyarankan agar para belia yang dapat memberi sumbangan kepada negara dalam segala aspek terutama nya belia dari kawasan Bukit Naning.










Bertempat di Balai Raya DATUK ABDULLAH BT 14 Air Hitam,Satu majlis kacau dodol secara kelompok telah diadakan oleh penduduk pakatan 14&15. Dalam masa yang sama YB Datuk Abdullah Md Ali telah sudi merasmikan majlis tersebut. Pada majlis tersebut sebanyak 8 biji Kawah telah digunakan untuk membuat dodol. Majlis tersebut dihadiri kira - kira 100 orang yang terdiri daripada semua generasi terutama golongan pemuda, dalam masa yang sama YB telah melawat POS KAWALAN RUKUN TETANGGA yang berada berdekatan majlis tersebut.










Bertempat di Masjid Jmek BT 15 Air Hitam , Satu Majlis Berbuka Puasa telah diadakan oleh Kumpulan Pakatan Penduduk. YB Datuk Abdullah Md Ali telah sudi meluangkan masa pada petang itu serta berbuka puasa dan solat maghrib bersama penduduk setempat. Pasa masa yang sama YB telah menyampaikan Sumbangan kepada semua Imam -Imam, Penghulu Mukim , Ketua -Ketua Kampung serta Ketua Masyarakat yang berada di kawasan Air Hitam.















13.09.2009. Bertempat di Komplek Penghulu Mukim Air Hitam SATU MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DARIPADA ADUN BUKIT NANING. Pada majlis itu YB Datuk Abdullah Md Ali telah menyampaikan sumbangan seramai 120 orang yang terdiri daripada anak yatim , ibu tunggal, orang kurang upaya dan orang miskin.Sumbangan YB merupakan beras dan barang keperluan dapur, di samping itu juga YB telah menyampaikan sumbangan peribadi yang berupa wang raya kepada semua 120 orang tersebut







Bertempat di sungai sarang buaya YB Datuk Abdullah Md Ali telah bersama - sama menghadiri Majlis Malam Kebudayaan, turut serta pada malam itu ialah YB Pn. Robia Hj Kosai serta Penghulu dan Ketua- Ketua Kampung Mukim sungai balang . Pada malam tersebut diadakan pertunjukan majlis nasyhid dan majlis naik buaian, serta turun tanah mengikut adat -adat orang lama.



Tuesday, July 21, 2009

(Sumber Berita Harian 22/07/09)
Johor: 40 pelajar perintis sukarelawan derma darah

MUAR: Seramai 40 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Amar Diraja dan SMK Tun Perak serta Pergerakan Puteri Umno, menjadi perintis pasukan sukarelawan untuk menyemai kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan. Majlis pelancaran pasukan itu diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2009 peringkat daerah Muar yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Datuk Abdullah Md Ali, di Dewan Jubli Intan, di sini. Turut hadir Pengarah Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Dr Pauzi Abu dan Pengerusi Persatuan Derma Darah Muar, Othman Taib.

Abdullah dalam ucapannya, berkata penubuhan sukarelawan itu melalui inisiatif Persatuan Penderma Darah Muar, adalah langkah mulia dan prihatin bagi membantu pesakit yang memerlukan darah. Katanya, melalui program itu, generasi muda akan dapat melatih diri mereka mengenai peranan mereka untuk menderma darah yang boleh dilaksanakan secara berterusan sehingga mereka dewasa, sekali gus membantu mengisi tabung darah di hospital. "Tidak mudah untuk kita secara sukarela melaksanakan program derma darah jika tidak mempunyai semangat dan kekuatan dalam diri dan ini seharusnya dapat mendidik generasi muda," katanya.

Katanya, penubuhan sukarelawan derma darah itu adalah kali pertama diadakan dan beliau berharap lebih ramai golongan remaja dan belia termasuk pelajar tampil menyertainya. Beliau berkata, HPSF sendiri memerlukan kira-kira 10,000 pain darah setahun bagi menampung keperluan pesakit termasuk kes kecemasan menyebabkan mereka sentiasa mengalu-alukan penderma baru. Sementara itu, Othman berkata, penubuhan sukarelawan derma darah itu dijalankan bagi menggalakkan penderma baru dan tetap secara sukarela sejak mereka di bangku sekolah rendah. Katanya, melalui langkah itu, diharap generasi muda akan dapat memahami program derma darah sebagai satu tanggungjawab mereka bagi membantu orang ramai sekali gus membentuk golongan yang memahami kesulitan orang lain serta berusaha membantunya.
"Sebagai permulaan, program itu disertai 40 sukarelawan derma darah dan kita mensasarkan lebih ramai pelajar sekolah dan remaja akan menyertainya dalam usaha membentuk generasi yang bersedia menderma darah bagi membantu orang lain," katanya. Orang ramai yang berminat menyertai pasukan sukarelawan derma darah diminta menghubungi HPSF di 06-9521901 atau hadir ke Unit Tabung Darah, Jabatan Patologi HPSF.

Monday, July 20, 2009
















Pada 05.07.2009 bertempat di Balai JKKK Pekan Bakri telah berlangsung satu Majlis Gerak Tumpu 2009 ( ZON 6 ) yang di rasmikan oleh YB Datuk Abdullah Md Ali ADUN Bkt Naning. Dalam majlis tersebut YB Datuk Abdullah sempat meluangkan masa melawat pertandingan mewarna , yang disertai oleh pelajar- pelajar tadika yang berhampiran, dalam masa yang sama YB Datuk juga sempat menanam pokok sebagai tanda Perasmian Majlis yang di anjurkan oleh MAJLIS PERBANDARAN MUAR serta kerjasama daripada MCA Bakri.