Friday, May 22, 2009







Program Pengurusan Jenazah (3hb Mei 2009)
Bertempat di Surau batu 17, Air Hitam dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Muar dan JKKK Mukim Air Hitam. Satu kursus pengurusan jenazah telah diadakan. Seramai 60 perserta telah mengambil bahagian majoritinya dari kalangan golongan belia.











Bersama Pegawai Perpaduan Daerah Muar &
Ketua Masyarakat Tiong Hua Bukit Bakri










Majlis Pertandingan Mewarna Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Muar & Ledang

Pada 3hb Mei 2009 bertempat di SRJK(C) Pui Nan, Bukit Bakri telah diadakan pertandinagn mewarna Tabika Perpaduan disertai oleh pelbagai bangsa. YB Datuk Abdullah Ali telah berkenaan untuk merasmikan majlis dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.




Menutup rasmi Karnival Anti Dadah Peringkat Daerah Muar



Pejabat Pelajaran Pendiidkan Daerah Mengiktiraf sumbangan yang telah diberikan oleh YB Datuk Abdullah dalam Memerangi Najis Dadah. YB Datuk telah diberikan penghormatan untuk menutup rasmi Karnival Anti-Dadah peringkat Daerah yang telah diadakan di SMK Dato Sri Amar Diraja.
Selain merasmikan Majlis tersebut, YB Datuk juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan dan anugerah-anugerah kepada para penerima.





Tuesday, May 19, 2009

Peta kawasan DUN Bukit Naning.





Selatan: Dana SKM RM10j jana Koperasi Melayu Muar

MUAR: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) diminta meluluskan dana sebanyak RM10 juta kepada Koperasi Melayu Muar Berhad bagi membolehkan institusi itu melaksanakan program yang boleh menjana ekonomi ahli. Ahli Lembaga Pengarahnya, Kahar Mashuri, berkata pihak koperasi menyusun empat program pembangunan ekonomi yang akan dilaksanakan mulai pertengahan bulan ini. Beliau berkata, antara aktiviti yang bakal dilaksanakan ialah pembangunan hartanah dan perumahan, perladangan dan pertanian serta perniagaan dan perusahaan.
Bagaimanapun, katanya, tanpa dana yang mencukupi semua aktiviti yang dirangka tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan kecuali mendapat bantuan kerajaan. "Justeru, pihak koperasi berharap SKM mengusahakan dana yang cukup bagi membantu pihak koperasi melaksanakan program pembangunan yang dikenal pasti mampu menambah pendapatan dan ekonomi ahli. "Ia kerana pelaburan ahli termasuk yuran pendaftaran sebanyak RM100 yang ditetapkan pihak koperasi masih tidak mencukupi bagi membiayai projek yang dirancang itu," katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Koperasi berkenaan yang disempurnakan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Abdullah Ali, di Balai Serbaguna Kampung Air Manis, Air Hitam di sini, kelmarin. Hadir sama Penolong Pengarah SKM Wilayah Muar, Tukiman Sarno. Sementara itu, mesyuarat itu mengambil keputusan sebulat suara mengekalkan semua 12 ahli lembaga penaja koperasi berkenaan sebagai ahli lembaga pengarah bagi tempoh 2009 - 2011 yang dipengerusikan, Abd Razak Kassim. Mesyuarat juga melantik Mohd Najib Mohd Ali dan Mohd Khaliq Abd Razak sebagai setiausaha dan setiausaha kerja, manakala Abd Kadir Omar, bendahari.
Abd Razak berkata, setakat ini seramai 80 penduduk Bakri khususnya di Air Hitam menyertai koperasi itu dengan pelaburan terkumpul RM5,000. Beliau berkata, keahlian koperasi itu terbuka kepada semua penduduk dalam kawasan Parlimen Bakri dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-3770444 (Razak) dan 012-6022393 (Haji Kahar).
Selatan: 5 bekas ketua Umno dilantik penasihat

MUAR: Lima bekas Ketua Umno bahagian Bakri yang menyandang jawatan itu sejak 1985 hingga tahun lalu dilantik sebagai penasihat Umno bahagian itu berkuat kuasa serta merta. Mereka ialah Datuk Hashim Rais (1985-1987), Masiran Elias (1987-1992), Datuk Mazlan Abu (1992-1997), Datuk Haris Salleh (1997-2004) dan Datuk Abdullah Ali (2004-2008). Ketua Umno bahagian, Datuk Saipolbahari Suib, mengumumkan pelantikan itu ketika merasmikan Persidangan Berkelompok Cawangan, Pergerakan, Pemuda, Wanita dan Puteri Umno bahagian itu, di sini, kelmarin.



dipetik dari Berita Harian 19hb Mei 2009





YB Datuk Hj Abdullah Hj Md Ali telah merasmikan penubuhan Koperasi Melayu Muar Berhad bertempat di Balai Raya Sri Manis, Ayer Hitam, Muar. Majlis tersebut oleh dihadiri oleh seramai 100 orang ahli penaja. En. Abd Razak Kasim telah dipilih sebagai Pengerusi secara sebulat suara oleh ahli koperasi. Dalam ucapannya YB Datuk, menyeru orang melayu agar menggunakan kemudahan koperasi sebagi wadah membela ekonomi orang melayu. En.Tukirman Sarno (Penolong pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia) turut hadir sebagai pemerhati perjalanan Mesyuarat.




MAKLUMAT AM DUN BUKIT NANING

YB Datuk Hj Abdullah Bin Hj Md Ali Adun Bukit Naning


Alamat Pejabat
No.2,Tingkat 1,Medan Niaga MARA Bakri Batu 6,
Jalan Bakri 84000 Muar Johor Kakitangan Adun Bukit Naning


Kerani Am
En. Ahmad Bin Nasir


Pengurusan Projek Pembantu Adun
En Abd Razak Kasim


Pengurusan JPMM Dun Bukit Naning
En Abd Razak Kasim


Kakitangan Pengurusan

En Jeffri Nordin
En. Mohd Khaliq Bin Abd Razak
En. Khairul Nizam Abu Bakar

Selamat Datang





ASSALAMUALAIKUM
YB TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD. ALI

ADUN KAWASAN BUKIT NANING



kepada Semua pelayar laman web
ADUN Negeri Johor



Ketupat palas berlaukkan rendang
YB ADUN mengucapkan " SELAMAT DATANG "
Tetamu hadir dijamu pulut kuning
'WELCOME TO' DUN Bukit Naning


Kawasan DUN Bukit Naning adalah merupakan suatu kawasan penempatan pinggir bandar dan kawasan kampung yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama yang mana majoritinya adalah Melayu dan beragama Islam.Kaum Cina yang beragama Buddha pula berada di sekitar Pekan Bukit Bakri dengan kepadatan penduduk yang agak padat yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha kilang/ladang, ahli-ahli perniagaan serta juga petani-petani.



Manakala kaum India beragama Hindu pula adalah kaum minoriti yang berada di sekitar Ladang Air Manis dan juga perumahan di Pekan Bukit Bakri. Begitu juga dengan lain-lain kaum yang datang berhijrah samaada dari Sabah, Sarawak, Indonesia, Asli dan lain-lain juga mendiami dalam sekitar kawasan Bukit Naning.



Semoga anda semua merasa selesa apabila melayari laman web kami yang sedang menuju ke era K-Ekonomi dan era ICT yang serba canggih sebagaimana yang disarankan oleh YAB Dato' Menteri Besar Johor.
Ingin tahu lebih lanjut?


Marilah BERINTERAKSI bersama Website kami 'DUN BUKIT NANING'


SELAMAT BERJUMPA LAGI
SEKIAN TERIMA KASIH dan
SELAMAT SEJAHTERA serta
SALAM MUHIBBAH