Monday, June 29, 2009















23.06.2009 Bertempat di pusat ICT NUSAJAYA JOHOR. YB Datuk telah menghantar 3 orang Pegawai Media ADUN bukit Naning untuk menghadiri Krusus Asas Media, Untuk Laman Web Rasmi ADUN - ADUN Negeri JOHOR.Dalam masa yang sama YB Datuk Abdullah berkesempatan meninjau sendiri Krusus tersebut, sambil beramah mesra dengan tenaga belajar dan peserta kursus.

Monday, June 22, 2009




23hb Jun 2009

Sukan Komuniti Dun Bukit Naning telah berlangsung dengan suasana meriah pada 21hb Jun 2009. YB Datuk Abdullah Md. Ali dalam ucapannya berkata, selain daripada pembangunan aspek fizikal, pihaknya turut memberi perhatian terhadap pembangunan kemasyarakatan menerusi penganjuran Sukan Jawatankuasa Pembangunan Mukim-Mukim (JPMM) DUN Bukit Naning yang berlangsung hari ini.

Katanya, temasya yang mempertandingkan empat acara sukan iaitu bola jaring, bola tampar, bola sepak serta sepak takraw itu nyata menerima sambutan yang amat menggalakkan terutamanya daripada golongan belia di kawasan DUN tersebut.




ARKIB : 22/06/2009 UTUSAN MALAYSIA

RM15 juta lengkapkan kemudahan infrastruktur Bukit Naning

MUAR 21 Jun - Peruntukan berjumlah RM15 juta disalurkan kerajaan tahun ini bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning dalam memperlengkapkan kemudahan infrastruktur awam di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Abdullah Md. Ali berkata, peruntukan berkenaan merangkumi pelbagai projek termasuk membina masjid, surau dan balai raya baru selain mengemas kini sistem perparitan di kawasan tersebut.

"Dalam peruntukan ini, sebanyak RM5.7 juta daripadanya adalah untuk membina tiga buah masjid baru di kawasan DUN Bukit Naning.

"Di samping itu, usaha juga dilaksanakan untuk menaik taraf lagi sistem perparitan serta membantu membina surau-surau dan balai raya yang amat diperlukan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peruntukan kecil DUN Bukit Naning kepada 53 penerima di Kompleks Penghulu Air Hitam di sini hari ini.

Menurut Abdullah, projek-projek pembinaan infrastruktur berkenaan sedang giat dilaksanakan dan ia dijangka dapat memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

Jelasnya, kerajaan Barisan Nasional amat prihatin kepada keperluan masyarakat setempat dengan segala isu tempatan diambil kira kepentingannya.

"UMNO dan Barisan Nasional perlu sentiasa turun padang serta memperkemaskan jentera parti tanpa menunggu waktu pilihan raya.

"Kita juga hendaklah bersikap proaktif bagi menyelesaikan masalah rakyat sehingga ke peringkat akar umbinya," katanya.

Sementara itu, jelas Abdullah, selain daripada pembangunan aspek fizikal, pihaknya turut memberi perhatian terhadap pembangunan kemasyarakatan menerusi penganjuran Sukan Jawatankuasa Pembangunan Mukim-Mukim (JPMM) DUN Bukit Naning yang berlangsung hari ini.

Katanya, temasya yang mempertandingkan empat acara sukan iaitu bola jaring, bola tampar, bola sepak serta sepak takraw itu nyata menerima sambutan yang amat menggalakkan terutamanya daripada golongan belia di kawasan DUN tersebut.

Monday, June 8, 2009






30.05.2009..... YB DATUK ABDULLAH MD ALI telah melawat ke tapak projek SURAU AN-NUR Kg Pt Baru Parit Tengah Air Hitam. Projek tersebut bernilai RM 140.000.00. YB DATUK memperolehi peruntukan tersebut daripada JABATAN PERDANA MENTERI ( ICU ) Negeri Johor, di mana beliau sendiri memohon peruntukan ini sebagai Wakil Rakyat ADUN Bkt Naning. Surau tersebut adalah bagi menggantikan surau yang lama dan terlalu uzur di mana usia surau tersebut melebihi 20 tahun. Surau yang lama itu juga tidak mampu menampung jemaah yang semakin bertambah. Syukur Alhamdulilah , surau ini dapat dibina pada tahun ini. Dengan perlaksanaan surau yang baru ini dapat lah penduduk setempat beribadat dengan selesa.

Monday, June 1, 2009











26.04.2009. Majlis Perasmian PROGRAM GALAKAN MEMBACA PUSAT SUMBER anjura Kemas daerah Muar. Dalam majlis tersebut di hadiri Pegawai Kemas Daerah, Guru Besar , serta Ketua kampung dan ibu bapa pelajar.. Dalam ucapan beliau YB menyarankan kepada ibu bapa dan penjaga agar dapat meluangkan masa untuk anak - anak dalam pembelajaran, kerana ilmu itu amat berguna untuk masa hadapan, dalam majlis tersebut TB sempat menyampaikan hadiah kepada pelajar -pelajar cemerlang yang berlangsung di dewan sekolah kebangsaan pt zin bakri.










Pada 19.04.2009 .... Majlis perasmian Balai raya DATUK ABDULLAH bertempat di bt 14 air hitam.Dalam majlis itu dihadiri Penghulu Mukim, Ketua Masyarakat dan penduduk setempat . Dalam ucapan beliau , beliau berasa terharu kerana kesudian penduduk setempat menamakan balairaya tersebut dengan nama beliau. Balai raya tersebut bernilai RM 120.000.00 mengantikan balai raya yang lama, kini berdiri megah BALAI RAYA DATUK ABDULLAH di kawasan bukit naning.










Pada 01.05.2009, YB .DATUK ABDULLAH MD ALI merasmikan majlis RAKAN MUDA SENI BUDAYA anjuran Pejabat Belia Daerah Muar dengan kerjasama Belia Wawasan bt 20 bertempat di balai Masjid bt 20. Dalam ucapan perasmian , beliau memuji sikap belia kini , yang banyak membantu masyarakat serta dapat menjalan kan aktiviti berfaedah, beliau juga mengucapkan tahniah kepada ketua belia wawasan kerana dapat membawa satu budaya kemasyarakatan dalm kawasan beliau , dalam ucapan beliau, dengan adanya persatuan belia ini dapat menangani masalah gejala sosial di kalangan anak muda.Pada majlis tersebut di hadiri oleh Penghulu Mukim, Ketua Kampung serta Wakil Pegawai Belia Daerah Muar.





2hb Mei 2009, YB Datuk Haji Abdullah Ali telah bersama menyerikan Majlis sambutan kesyukuran YAB Tan Sri Muhyiddin Md Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri anjuran Pejabat Daerah Muar. Majlis tersebut bermula dengan menyambut ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri di Padang Ragbi Sekolah Tinggi Muar yang diterbangkan oleh helikopter dari Kuala Lumpur jam 8.45 pagi. Dari sana, rombongan YAB Timbalan Perdana menteri telah bergerak ke kawasan Parlimen Pagoh. YB Datuk Abdullah Ali telah bersama menyertai rombongan tersebut.
Di Pagoh, YB Datuk Haji Abdullah Ali juga menghadiri Jamuan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri.










Pada 23.05.2009 YB. DATUK ABDULLAH MD.ALI menghadiri majlis " MAJLIS PELANCARAN COMMUNITY POLICING PDRM KONTINJEN JOHOR BAGI DAERAH MUAR, bertempat di Datarn Tanjung Emas yang di rasmikan oleh YAB. DATO HJ. ABD GHANI OTHMAN ( MENTERI BESAR JOHOR ) dalam majlis tersebut Dato Menteri Besar menyarankan agar semua masyarakat dapat berkerjasama dengan pasukan polis menangani masalah jenayah yang berlaku di sekaliling kita. Dalam majlis tersebut beberapa pertunjukan kecekapan pasukan dipertontonkan antaranya aksi jenayah ragut, kecekapan anjing polis serta pertunjukan motorsikal daripada Pasukan Motosikal Pertama Peronda Wanita dari Kontijen Johor ....... AWAS, JENAYAH MEMBAWA PADAH....






Pada 3hb Mei 2009, YB Datuk Haji Abdullah Ali telah berkesempatan merasmikan pelancaran Majlis Mesyuarat KOBERA (Koperasi Bela Rakyat) Mukim Ayer Hitam. Di Majlis tersebut, YB Datuk telah menggalakan pembabitan orang ramai dalam koperasi di mana beliau sendiri pernah menjadi bendahari koperasi sewaktu di Universiti dahulu. Majlis tersebut turut dihadiri oleh dan di pantau oleh Penolong Pengarah SKM Wilayah Muar, Tukiman Sarno






28.05.2009, khamis malam jumaat . YB. DATUK ABDULLAH MD. ALI menjalankan aktivi turun padang, beliau menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di rumah Mohd. Jeffri Nordin bertempat di Kg. Sri. Manis.Dalam majlis tersebut, beliau menyeru kepada masyarakat terutamanya golongan muda agar mendekati majlis- majlis keagamaan seperti membudayakan Al-Quran, majlis tahlil , bacaan yassin serta mengumarahkan surau - surau dan masjid.Untuk makluman semua YB. DATUK ABDULLAH MD ALI akan bersama - sama menghadiri majlis tersebut di dalam kawasan Naning pada setiap khamis malam jumaat.